Ratib
Al-Haddad ini mengambil nama dari nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin
Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada
doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling
terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang
Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27
Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid
beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam,
Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah untuk membentengi
dengan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat
mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda
Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri,
yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah
Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Mesjid Al-Imam Al-Haddad di
Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada
kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat
Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan
waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di
kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah
kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat
tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib
Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib
berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di
Madinah. Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang
membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “
La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima
puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa perbedaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan
ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah
oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi
ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang
lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan.
Mudah-mudahan barangsiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada
bahaya dan kesusahan. Amin.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang
disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith
Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara
ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah
bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri.
Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan
itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara
istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala
atau cuai[1]. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam
Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh
kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.
Keutamaan Ratib Hadad. (1)
Cerita-cerita yang dikumpulkan mengenai kelebihan RatibAl-Haddad
banyak tercatat dalam buku Syarah Ratib Al-Haddad, antaranya: Telah berkata
Habib Abu Bakar bin Abdullah Al-Jufri yang bertempat tinggal di Seiwun
(Hadhramaut): “Pada suatu masa kami serombongan sedang menuju ke Makkah untuk
menunaikan Haji, bahtera kami terkandas tidak dapat meneruskan perjalanannya
kerana tidak ada angin yang menolaknya. Maka kami berlabuh di sebuah pantai,
lalu kami isikan gerbah-gerbah (tempat isi air terbuat dari kulit) kami dengan
air, dan kami pun berangkat berjalan kaki siang dan malam, kerana kami bimbang
akan ketinggalan Haji. Di suatu perhentian, kami cuba meminum air dalam gerbah
itu dan kami dapati airnya payau dan masin, lalu kami buangkan air itu. Kami duduk
tidak tahu apa yang mesti hendak dibuat. Maka saya anjurkan rombongan kami itu
untuk membaca Ratib Haddad ini, mudah-mudahan Allah akan memberikan kelapangan
dari perkara yang kami hadapi itu. Belum sempat kami habis membacanya,
tiba-tiba kami lihat dari kejauhan sekumpulan orang yang sedang menunggang unta
menuju ke tempat kami, kami bergembira sekali. Tetapi ketika mereka mendekati
kami, kami dapati mereka itu perompak-perompak yang kerap merampas harta-benda
orang yang lalu-lalang di situ. Namun rupanya Allah Ta’ala telah melembutkan
hati mereka bila mereka dapati kami terkandas di situ, lalu mereka memberi kami
minum dan mengajak kami menunggang unta mereka untuk disampaikan kami ke tempat
sekumpulan kaum Syarif* tanpa diganggu kami sama sekali, dan dari situ kami pun
berangkat lagi menuju ke Haji, syukurlah atas bantuan Alloh SWT karena berkat
membaca Ratib ini.
Cerita ini pula diberitakan oleh seorang yang mencintai
keturunan Sayyid, katanya: “Sekali peristiwa saya berangkat dari negeri Ahsa’i
menuju ke Hufuf. Di perjalanan itu saya terlihat kaum Badwi yang biasanya
merampas hak orang yang melintasi perjalanan itu. Saya pun berhenti dan duduk,
di mana tempat itu pula saya gariskan tanahnya mengelilingiku dan saya duduk di
tengah-tengahnya membaca Ratib ini. Dengan kuasa Alloh mereka telah berlalu di
hadapanku seperti orang yang tidak menampakku, sedang aku memandang mereka.”
Begitu juga pernah berlaku semacam itu kepada seorang alim yang mulia, namanya
Hasan bin Harun ketika dia keluar bersama-sama teman-temannya dari negerinya di
sudut Oman menuju ke Hadhramaut. Di perjalanan mereka dibajak oleh gerombolan
perompak, maka dia menyuruh orang-orang yang bersama-samanya membaca Ratib ini.
Alhamdulillah, gerombolan perompak itu tidak mengapa-apakan siapapun, malah
mereka berlalu dengan tidak mengganggu.
Apa yang diberitakan oleh seorang Arif Billah Abdul Wahid bin
Subait Az-Zarafi, katanya: Ada seorang penguasa yang ganas yang dikenal dengan
nama Tahmas yang juga dikenal dengan nama Nadir Syah. Tahmas ini adalah seorang
penguasa ajam yang telah menguasai banyak dari negeri-negeri di sekitarannya.
Dia telah menyediakan tentaranya untuk memerangi negeri Aughan. Sultan Aughan
yang bernama Sulaiman mengutus orang kepada Imam Habib Abdullah Haddad
memberitahunya, bahwa Tahmas sedang menyiapkan tentera untuk menyerangnya. Maka
Habib Abdullah Haddad mengirim Ratib ini dan menyuruh Sultan Sulaiman dan
rakyatnya membacanya. Sultan Sulaiman pun mengamalkan bacaan Ratib ini dan
memerintahkan tenteranya dan sekalian rakyatnya untuk membaca Ratib i ini
dengan bertitah: “Kita tidak akan dapat dikuasai Tahmas kerana kita ada benteng
yang kuat, iaitu Ratib Haddad ini.” Benarlah apa yang dikatakan Sultan Sulaiman
itu, bahwa negerinya terlepas dari penyerangan Tahmas dan terselamat dari
angkara penguasa yang ganas itu dengan sebab berkat Ratib Haddad ini.
Saudara penulis Syarah Ratib Al-Haddad ini yang bernama Abdullah
bin Ahmad juga pernah mengalami peristiwa yang sama, yaitu ketika dia berangkat
dari negeri Syiher menuju ke bandar Syugrah dengan kapal, tiba-tiba angin macet
tiada bertiup lagi, lalu kapal itu pun terkandas tidak bergerak lagi. Agak lama
kami menunggu namun tidak berhasil juga. Maka saya mengajak rekan-rekan membaca
Ratib ini , maka tidak berapa lama datang angin membawa kapal kami ke tujuannya
dengan selamat dengan berkah membaca Ratib ini.
Suatu pengalaman lagi dari Sayyid Awadh Barakat Asy-Syathiri
Ba’alawi ketika dia belayar dengan kapal, lalu kapal itu telah tersesat jalan
sehingga membawanya terkandas di pinggir sebuah batu karang. Ketika itu angin
juga macet tidak dapat menggerakkan kapal itu keluar dari bahayanya. Kami
sekalian merasa bimbang, lalu kami membaca Ratib ini dengan niat Alloh akan
menyelamatkan kami. Maka dengan kuasa Alloh SWT datanglah angin dan menarik
kami keluar dari tempat itu menuju ke tempat tujuan kami. Maka kerana itu saya
amalkan membaca Ratib ini. Pada suatu malam saya tertidur sebelum membacanya,
lalu saya bermimpi Habib Abdullah Haddad datang mengingatkanku supaya membaca
Ratib ini, dan saya pun tersadar dari tidur dan terus membaca Ratib Haddad itu.
Di antaranya lagi apa yang diceritakan oleh Syeikh Allamah Sufi
murid Ahmad Asy-Syajjar, iaitu Muhammad bin Rumi Al-Hijazi, dia berkata: “Saya
bermimpi seolah-olah saya berada di hadapan Habib Abdullah Haddad, penyusun
Ratib ini. Tiba-tiba datang seorang lelaki memohon sesuatu daripada Habib
Abdullah Haddad, maka dia telah memberiku semacam rantai dan sayapun
memberikannya kepada orang itu. Pada hari besoknya, datang kepadaku seorang lelaki
dan meminta daripadaku ijazah (kebenaran guru) untuk membaca Ratib Haddad ini,
sebagaimana yang diijazahkan kepadaku oleh guruku Ahmad Asy-Syajjar. Aku pun
memberitahu orang itu tentang mimpiku semalam, yakni ketika saya berada di
majlis Habib Abdullah Haddad, lalu ada seorang yang datang kepadanya. Kalau
begitu, kataku, engkaulah orang itu.” Dari kebiasaan Syeikh Al-Hijazi ini, dia
selalu membaca Ratib Haddad ketika saat ketakutan baik di siang hari mahupun
malamnya, dan memang jika dapat dibaca pada kedua-dua masa itulah yang paling
utama, sebagaimana yang dipesan oleh penyusun Ratib ini sendiri. Ada seorang
dari kota Quds (Syam) sesudah dihayatinya sendiri tentang banyak kelebihan
membaca Ratib ini, dia lalu membuat suatu ruang di sudut rumahnya yang
dinamakan Tempat Baca Ratib, di mana dikumpulkan orang untuk mengamalkan bacaan
Ratib ini di situ pada waktu siang dan malam.
Di antaranya lagi, apa yang diberitakan oleh Sayyid Ali bin
Hassan, penduduk Mirbath, katanya: “Sekali peristiwa aku tertidur sebelum aku
membaca Ratib, aku lalu bermimpi datang kepadaku seorang Malaikat mengatakan
kepadaku: “Setiap malam kami para Malaikat berkhidmat buatmu begini dan begitu
dari bermacam-macam kebaikan, tetapi pada malam ini kami tidak membuat apa-apa
pun karena engkau tidak membaca Ratib. Aku terus terjaga dari tidur lalu
membaca Ratib Haddad itu dengan serta-merta.
Setengah kaum Sayyid bercerita tentang pengalamannya: “Jika aku
tertidur ketika aku membaca Ratib sebelum aku menghabiskan bacaannya, aku
bermimpi melihat berbagai-bagai hal yang mengherankan, tetapi jika sudah
menghabiskan bacaannya, tidak bermimpi apa-apa pun.”
Di antara yang diberitakan lagi, bahawa seorang pecinta kaum
Sayyid, Muhammad bin Ibrahim bin Muhammad Mughairiban yang tinggal di negeri
Shai’ar, dia bercerita: “Dari adat kebiasaan Sidi Habib Zainul Abidin bin Ali
bin Sidi Abdullah Haddad yang selalu aku berkhidmat kepadanya tidak pernah
sekalipun meninggalkan bacaan Ratib ini. Tiba-tiba suatu malam kami tertidur
pada awal waktu Isya’, kami tidak membaca Ratib dan tidak bersembahyang Isya’,
semua orang termasuk Sidi Habib Zainul Abidin. Kami tidak sedarkan diri
melainkan di waktu pagi, di mana kami dapati sebagian rumah kami terbakar.
Kini tahulah kami bahwa semua itu berlaku karena tidak membaca Ratib ini. Sebab itu kemudian kami tidak pernah meninggalkan bacaannya lagi, dan apabila sudah membacanya kami merasa tenteram, tiada sesuatupun yang akan membahayakan kami, dan kami tidak bimbang lagi terhadap rumah kami, meskipun ia terbuat dari dedaunan korma, dan bila kami tidak membacanya, hati kami tidak tenteram dan selalu kebimbangan.”
Kini tahulah kami bahwa semua itu berlaku karena tidak membaca Ratib ini. Sebab itu kemudian kami tidak pernah meninggalkan bacaannya lagi, dan apabila sudah membacanya kami merasa tenteram, tiada sesuatupun yang akan membahayakan kami, dan kami tidak bimbang lagi terhadap rumah kami, meskipun ia terbuat dari dedaunan korma, dan bila kami tidak membacanya, hati kami tidak tenteram dan selalu kebimbangan.”
Berkata Habib Alwi bin Ahmad, penulis Syarah Ratib Al-Haddad:
“Siapa yang melarang orang membaca Ratib ini dan juga wirid-wirid para salihin,
niscaya dia akan ditimpa bencana yang berat daripada Allah Ta’ala, dan hal ini
pernah berlaku dan bukan omong-omong kosong.” Berkata Sidi Habib Muhammad bin
Zain bin Semait Ba’alawi di dalam kitabnya Ghayatul Qasd Wal Murad: Telah
berkata Saiyidina Habib Abdullah Haddad: “Siapa yang menentang atau membangkang
orang yang membaca Ratib kami ini dengan secara terang-terangan atau
disembunyikan pembangkangannya itu akan mendapat bencana seperti yang ditimpa
ke atas orang-orang yang membelakangi zikir dan wirid atau yang lalai hati
mereka dari berzikir kepada Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman: “Dan
barangsiapa yang berpaling dari mengingatiKu, maka baginya akan ditakdirkan
hidup yang sempit.” ( Thaha: 124 ) Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang
berpaling dari mengingati Tuhan Pemurah, Kami balakan baginya syaitan yang
diambilnya menjadi teman.”
( Az-Zukhruf: 36 ) Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingat Tuhannya, Kami akan menurukannya kepada siksa yang menyesakkan nafas.” ( Al-Jin: 17)
(1) Dipetik dari: Syarah
Ratib Haddad: Analisa Dan Komentar – karangan Syed Ahmad Smith, terbitan
Pustaka Nasional Pte. Ltd( Az-Zukhruf: 36 ) Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingat Tuhannya, Kami akan menurukannya kepada siksa yang menyesakkan nafas.” ( Al-Jin: 17)
untuk Download Rotib Al Haddad klik di sini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar